Tuesday, August 9, 2011

UTHM Menang 19 Pingat Dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi
Sempena ITEX 2011



UTHM MENANG 19 PINGAT DALAM PERTANDINGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI SEMPENA ITEX 2011


KLCC, Mei 2011 - Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berjaya menerima

pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 3 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 8

pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 22nd International Invention,

Innovation, and Technology Exhibition 2011(ITEX'11) yang telah diadakan pada 20 hingga 22 Mei 2011 di

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).


Tiga pingat emas untuk UTHM telah disumbangkan oleh hasil penyelidikan yang diketuai oleh

Prof. Madya Dr. Rosziati Ibrahim (FSKTM), En. Mohd Fadel bin Alwee (FKEE) dan Dr. Anika Zafiah bt Mohd Rus (FKMP).


Lebih 700 produk hasil penyelidikan dan inovasi telah menyertai pertandingan ini melibatkan peserta-peserta

daripada Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Korporat, Agensi-Agensi Kerajaan, Persatuan-Persatuan Inovasi,

dan individu perseorangan yang melibatkan penyertaan daripada pelbagai negara seperti Brunei, Canada, Iran,

Korea, Poland, Russia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.


Pertandingan ini telah diadili oleh panel-panel hakim daripada pihak industri dan pelbagai agensi yang

telah menilai daripada beberapa aspek iaitu keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan,

sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersilkan.


Selain itu juga, pameran ini telah menjadi medium bagi membantu para penyelidik untuk mewujudkan

kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mengkomersilkan hasil penyelidikan

dan inovasi yang dihasilkan. Maklumbalas yang diterima serta hasrat dan minat yang ditunjukkan oleh industri

untuk kerjasama pengkomersilan diharapkan akan dapat meningkatkan hasil pengkomersilan UTHM.

Selain itu, UTHM juga amat bertuah kerana booth pameran UTHM telah berjaya memperolehi Pingat Gangsa

bagi kategori 'Best Booth Design' untuk keluasan melebihi 54 sqm².



Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penyelidik yang berjaya mencapai kejayaan dalam ITEX 2011

serta semua pihak yang telah bersama-sama membantu menjayakan ITEX 2011.

No comments:

Post a Comment