Tuesday, August 9, 2011

Graduan KLMU Gah di Persada
Dunia Teknologi Maklumat (IT)

Menjadi Pilihan Utama Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negara
Disediakan oleh: Azrina Mazlin Binti Alias



Ledakan dunia Teknologi Maklumat (IT) mengakibatkan kenaikan permintaan dalam pasaran sumber manusia. Seiring dengan itu Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) bangkit untuk mengetengahkan pendidikan bermutu dengan melahirkan pakar terkemuka dalam bidang IT mengikut acuannya sendiri.

Mendokong aspirasi kerajaan ke arah Wawasan 2020 melalui Koridor Raya Multimedia (MSC) serta Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT). Justeru bidang ini mampu memberi peluang pekerjaan kepada ramai graduan.

Menjelang tahun 2010 seramai 306,610 orang tenaga kerja diperlukan dalam bidang IT terutamanya dalam projek Koridor Wilayah Pembangunan Iskandar, (WPI), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Nama KLMU bukan lagi asing di Malaysia malahan ia dikenali sebagai kolej universiti yang memonopoli bidang IT.

Dengan keazaman serta iltizam Canselornya, Prof Diraja Ungku Abdul Aziz serta kakitangan
akademik yang tidak mengenal erti putus asa berusaha untuk melahirkan graduan yang bukan saja mampu menjana pembangunan negara sekaligus lahir sebagai modal insan.

Fakulti Teknologi Maklumat KLMU menawarkan program Teknologi Maklumat seperti Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Maklumat, Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kejuruteraan Perisian, Diploma Teknologi Maklumat-Kejuruteraan Perisian dan Diploma Rangkaian dan Penyelenggaraan Komputer.

Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Maklumat dan Diploma Teknologi Maklumat Kejuruteraan Perisian. Mendedahkan pelajar dengan kemahiran pengaturcaraan dan pengaplikasian perisian serta kemahiran kritikal yang kukuh meliputi keseluruhan ilmu pengetahuan dalam IT. Penekanan diberikan pada konsep kejuruteraan perisian, penganalisaan dan rekabentuk serta pembangunan pengkalan data.

Peluang pekerjaan dalam bidang ini amat luas sesuai dengan konsep dunia tanpa sempadan. Setiap organisasi memerlukan pakar IT seperti Juruanalisa Sistem, Pengaturcara Program Komputer, Pereka Grafik dan Multimedia, Pentadbir Pengkalan Data, Pegawai Teknologi Maklumat di sektorsektor swasta mahupun kerajaan.

Pereka Aplikasi Windows, Pereka Web dan Multimedia, Pengaturcara Aplikasi J2EE/.NET, Jurutera Pembangunan Perisian, Perunding Sistem dan Eksekutif Pengurusan Projek adalah di antara kerjaya profesional yang boleh diceburi.

Diploma Teknologi MaklumatRangkaian dan Penyelenggaraan Komputer. KLMU berjaya menempatkan ramai pakar rangkaian dan perkakasan di syarikat korporat di dalam dan luar negara. Ramai juga yang berjaya ditempatkan serta berkhidmat di Cyberjaya dan Multimedia Development Cooperation (MDC). Antara mata pelajaran yang ditekankan dalam program ini adalah

• Client OS Administration
• Linux Administration
• Server OS Administration
• Networking Design
• Customer Support and
Work Skills
• Administering Active
Directory

Perniagaan e-dagang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, maka jurutera rangkaian, analisis atau pengaturcara rangkaian, pentadbir keselamatan rangkaian, pengurus rangkaian dan penganalisis komunikasi data adalah di antara kerjaya profesional yang diperlukan dalam
melaksanakan sistem operasi perniagaan seperti ini.

Kredibiliti KLMU mendapat perhatian ramai termasuk dari dunia luar kerana usaha ini bukan sekadar omongan kosong bahkan seramai lebih dari 15,000 orang graduan dari pelbagai latar belakang dan negara seperti Indonesia, Filipina, Afrika, India dan Timur Tengah dilahirkan dari program Teknologi Maklumat KLMU.

No comments:

Post a Comment